Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK PN Panaga anjur upacara menaikkan bendera

    Oleh Danel Lim – 

    BELAIT, 6 JULAI – Majlis Perundingan Kampung (MPK) PN Panaga telah menganjurkan upacara menaikkan bendera sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ke-79, di Panaga Lagoon, baru-baru ini.

    Acara yang diketuai oleh Ketua Kampung RPN Panaga B, Awang Mohd Ariffin bin Abdullah itu menyaksikan ahli pengakap daripada Persatuan Baden Powell menaikkan bendera negara, diiringi dengan nyanyian lagu kebangsaan dan seterusnya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Turut hadir Ketua Kampung RPN Panaga C, Awang Khairul Abidin bin Mohd Yassin, serta ahli MPK PN Panaga, penduduk dan belia.

    Dalam ucapan ringkas, Awang Mohd Ariffin menjelaskan acara itu bukan sahaja membantu menghimpunkan masyarakat dalam memperingati sambutan tahunan, tetapi juga menggalakkan tindakan dan inisiatif untuk membantu menyokong usaha negara dalam merealisasikan Wawasan 2035.

    Penduduk yang hadir bergambar ramai semasa upacara menaikkan bendera tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Upacara menaikkan bendera diadakan bagi memperingati Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-79 tahun. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda