Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK RPN Panchor Kawasan 2 terima ahli baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Seramai 20 orang ahli termasuk lima ahli sub komiti ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Panchor Kawasan 2 yang baru dilantik bagi sesi pertama 2024-2028 telah menerima sijil lantikan keahlian mereka, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil lantikan kepada ahli-ahli baharu pada majlis yang berlangsung di salah sebuah gedung perniagaan di daerah ini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Pada majlis itu, Pemangku Penghulu Mukim Mentiri juga Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Panchor, Mentiri, Haji Awang Mohammad Eddie Hardey bin Haji Awang Ibrahim selaku Pengerusi Majlis, dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan bahawa untuk menubuhkan keahlian MPK bukanlah suatu yang mudah kerana sebagai ahli-ahli yang baharu perlulah mempunyai pengalaman dan pengetahuan serta minat di dalam urus tadbir dalam hal ehwal kampung.

    “Ini kerana, ahli yang mempunyai pengalaman serta mempunyai minat akan dapat mengukuhkan lagi kelayakan untuk mendapat sokongan menjadi ahli-ahli MPK.

    “Selain itu, mereka yang terpilih juga bertanggungjawab untuk sama-sama memberikan buah fikiran dan sokongan serta kerjasama pada menjayakan MPK dalam mengukuhkan keberkesanan institusi penghulu mukim dan ketua kampung sebagai teras kepimpinan akar umbi,” jelasnya.

    Tetamu kehormat bergambar ramai ahli baharu dan sub komiti MPK RPN Panchor Kawasan 2. – GAMBAR SERAHAN MPK RPN PANCHOR KAWASAN 2
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN MPK RPN PANCHOR KAWASAN 2

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda