Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Sg Bunga, Kota Batu anjur kempen kebersihan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Sebagai usaha bersepadu untuk memupuk kesedaran pentingnya kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar, Majlis Perundingan Mukim (MPK) Kota Batu dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga mengadakan kempen Kebersihan Bersepadu yang berlangsung di Kawasan Letak Kereta dan Persekitaran Jambatan menuju Jeti Penurunan Penduduk Kampung Sungai Bunga, baru-baru ini.

    Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah disertai Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Turut menyertai program berkenaan ialah Ahli-ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan dan Yang Berhomat Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Turut hadir sama-sama menjayakan kempen berkenaan ialah Penghulu Mukim Kota Batu dan Ketua-ketua Kampung di bawah Mukim Kota Batu, Majlis Perundingan Mukim dan penduduk Kampung sekitarnya.

    Kempen kebersihan yang juga disertai oleh sukarelawan dari Green Brunei di mana kempen diharap dapat memupuk kesedaran kepentingan kebersihan persekitaran menerusi kerjasama di semua sektor.

       Semua di atas – Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak yang hadir untuk sama-sama menyertai kempen berkenaan.

    Semua di atas: Antara yang sama-sama hadir untuk menyertai dalam kempen kebersihan berkenaan.

    Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak, YB Haji Daud, YB Awang Lawi dan mereka yang hadir bergambar-ramai. – Gambar serahan MPM Kota Batu
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda