Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Subok terlibat bersihkan tanah perkuburan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Seramai 150 orang ahli Majlis Perundingan Kampung Subok, penduduk kampung dan sekitarnya, kelmarin, telah menyertai dalam kempen gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam di Kampong Subok bagi Fasa II.

    Kempen yang mensasarkan Tanah Perkuburan Tabang-Tabang dan Tanah Perkuburan Piasau-Piasau itu diselajurkan dengan membaca Surah Yasuin dan Tahlil, yang mana aktiviti seumpama ini lazimnya diadakan sebelum menjelang Ramadhan.

    Turut menyertai dalam kempen berkenaan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Lawi bin Haji Lamat yang juga Ketua Kampung Subok.

    Kempen gotong-royong ini merupakan salah satu aktiviti sempena memperingati kedatangan Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW,  di samping mengeratkan lagi ikatan ukhuwah menerusi aktiviti kempen kemasyarakatan yang berkebajikan.

    Ahli MPK Kampung Subok hadiri bacaan Yassin dan Tahlil. – GAMBAR SERAHAN MPK KAMPUNG SUBOK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda