Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Sungai Teraban agihkan 250 beg kuih raya

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 23 APRIL – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut meriah di seluruh negara, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Teraban telah meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama para jemaah baik warga tempatan mahupun warga asing pada awal pagi kelmarin di Masjid Kampung Sungai Teraban.

    Bercakap kepada Pemangku Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Zaini bin Haji Kaderi, beliau menjelaskan bahawa majlis itu diadakan setiap tahun oleh MPK Sungai Teraban sejak empat tahun lalu bagi membantu memeriahkan lagi sambutan Hari Raya
    Aidilfitri.

    “Setiap tahun, pelbagai buah tangan dapat kami sampaikan kepada jemaah yang hadir di masjid sempena sambutan Hari Raya tidak kira penduduk tempatan atau dari seberang sempadan kerana kami semua menyambut Hari Raya yang sama,” jelasnya.

    Secara keseluruhan, ahli MPK Sungai Teraban telah menyerahkan 250 beg berisi kuih raya kepada para jemaah yang hadir dan berharap dapat memberikan kegembiraan kepada mereka yang menerima sumbangan tersebut, terutamanya mereka yang menyambut Hari Raya di luar negara.

    “Kami mahu mereka yang menyambut Hari Raya di luar negara merasakan suasana kemeriahan yang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” ujar Awang Zaini.

    Para jemaah yang menerima agihan beg berisi kuih selepas solat Fardu Subuh di Masjid Kampung Sungai Teraban.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda