Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk, Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan belia-belia Kampong Tanjong Bunut telah menyertai Sukan Ria Silaturahim kampung berkenaan buat kali ketiga kelmarin
Acara sukan ria berkenaan dimeriahkan dengan beberapa aktiviti yang antaranya mendaki Bukit Silat, perlawanan dart dan beberapa peraduan lain seperti peraduan mewarna, mengutip gula-gula dan roti, merambat, memasukkan bola golf dan menjatuhkan tin kosong.
Aktiviti berkenaan diadakan di kawasan kediaman Pemangku Ketua Kampung Tanjong Bunut itu dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kampung,dan juga menggalakkan aktiviti riadah di kalangan penduduk kampung berkenaan.
Acara berkenaan juga adalah aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun oleh MPK kampung berkenaan.

