Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Majlis Perhimpunan Khas Wanita (MPKW) sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW akan diadakan pada 12 Oktober ini di Royal Berkshire Hall, Jerudong.
Tema bagi majlis perhimpunan khas tahun ini ialah Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati.
Antara pengisian majlis ialah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Dikir Marhaban, tazkirah khas dan persembahan selawat.
Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas junju-ngan besar Nabi Muhammad SAW, semoga kita mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.


