MPM Berakas B bertahlil di Kubah Makam Diraja

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Majlis Perundingan Mukim (MPM) Berakas B, hari ini, telah mengadakan majlis membaca Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, Batu Satu, Jalan Tutong sempena Sambutan Hari Guru dan Hari Perkhidmatan Awam.

Majlis dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Berakas B, Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon yang juga selaku pengerusi MPM Berakas B serta lebih kurang 100 orang penduduk kampung dalam kawasan Mukim Berakas B.

Pada majlis itu, bacaan Yasin dan Tahlil telah dibimbing oleh Pegawai Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Haji Abdul Malik bin Haji Jumat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis berkenaan adalah inisiatif AJK MPM Berakas B untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Guru.

Majlis seumpamanya adalah salah satu aktiviti tahunan MPM Berakas B yang juga dapat menjadi platform bagi perjumpaan dalam kalangan AJK MPM Berakas dengan ahli-ahli majlis perundingan kampung dan takmir masjid termasuk anak-anak buah kampung di bawah tadahan Mukim Berakas B.

Antara yang hadir pada majlis di Kubah Makam Diraja. – Gambar serahan MPM Berakas B