Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    MPM Seria anjur upacara menaikkan bendera

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78, Majlis Perundingan Mukim (MPM) Seria telah menganjurkan upacara menaikkan bendera, hari ini.

    Majlis yang diadakan di Pejabat Daerah Belait Cawangan Seria telah dihadiri oleh Pemangku Penghulu Mukim Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim yang menyerahkan bendera negara kepada ahli-ahli pengakap dari Persatuan Baden Powell (BP) Daerah Belait. Acara menaikkan bendera tersebut telah diiringi dengan nyanyian lagu kebangsaan, Allah Peliharakan Sultan.

    Haji Saidin semasa menghadiri upacara menaikkan bendera Negara Brunei Darussalam di Pejabat Daerah Belait cawangan Seria kelmarin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...