Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Alumni Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan (MPUSB) 1981-1984, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran kali ke-7 yang diselajurkan dengan Sambutan Hari Guru ke-33.
Majlis yang telah diadakan di rumah salah seorang peserta khatam iaitu Hajah Zanis binti Haji Mohd Don di Kampung Sinarubai tersebut disertai oleh seramai 30 orang yang berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.
Setelah selesai menghabiskan membaca setiap juzuk yang dijadualkan tarikh tamatnya, setiap peserta akan menanda melalui aplikasi media sosial WhatsApp secara berterusan sehingga selesai 30 juzuk dan mengambil masa lebih kurang 10 bulan.
