BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Aiking Trading selaku pengedar minuman Mr Brown telah mendedahkan edisi terhad Mr Brown Hari Raya 2018 bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Syarikat berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkannya memberitahu bahawa Mr Brown Hari Raya telah dihantar sejak minggu lalu dan sudah boleh didapati di pasar-pasar raya, gedung perniagaan dan kedai runcit utama di seluruh negara.
Pengurus Pemasaran Aiking, Sun dipetik sebagai berkata, “Mereka Mr Brown bagi sambutan-sambutan unik adalah satu lagi contoh komitmen kami untuk berinovasi.
Kami berbangga untuk melancarkan Mr Brown Hari Raya buat tahun ketiga berturut-turut.

“Para pelanggan Mr Brown semakin sofistikated dan mengikut trend oleh itu kami memperkenalkan kopi-kopi dengan rekaan musim perayaan untuk menggembirakan bukan sahaja peminat sedia ada malah semua peminat kopi,” tambahnya.
Memandangkan respons yang sangat positif terhadap Mr Brown bertema perayaan yang dilancarkan sejak 2015, tahun ini Mr Brown Hari Raya dipertingkatkan rekaannya sederhana moden dengan hiasan kalungan bintang-bintang berwarna hijau, mengetengahkan semangat musim perayaan.
Diperkenalkan pada 2015, Mr Brown Hari Raya versi Brunei bukan sahaja direka khas bagi musim perayaan tetapi juga hanya untuk Brunei. Untuk tahun ini, ‘Brunei 2018’ tertera pada setiap tin.