Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mr DIY buka satu lagi cawangan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 April – Kedai pelbagai barangan, Mr DIY semalam membuka sebuah lagi cawangan di Berakas, Bandar Seri Begawan.

    Pembukaan cawangan ketiga selepas cawangan pertama di Jalan Batu Satu dan di Daerah Tutong sudah pun dibuat pada awal Mac dan sempena pembukaannya itu, pelanggan yang membeli barangan bernilai $20 ke atas dalam satu resit, mendapat payung percuma semalam dan hari ini.

    Menurut Pengurus Mr DIY Brunei, Awang Abdul Muhaymin bin Wanasan, sempena perasmian cawangan ketiga ini, 1,000 buah payung diberikan percuma kepada pelanggan.

    Mereka memilih kawasan Berakas untuk cawangan ketiga kerana jumlah penduduk di kawasan tersebut adalah kedua terbesar dikunjungi daripada kawasan lain dan mudah bagi pelanggan dari Lambak dan sekitar untuk mengunjunginya.

    Menurutnya lagi, cawangan ketiga ini juga cukup besar dan luas serta menawarkan lebih 20,000 produk barangan rumah seperti perkakas elektrik, alat tulis, aksesori kereta, hadiah dan permainan.

    Gambar ramai warga Mr DIY pada majlis pembukaan cawangan Berakas.
    Gambar ramai warga Mr DIY pada majlis pembukaan cawangan Berakas.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda