Friday, February 7, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MRI Hospital RIPAS dinaik taraf mulai 2 Jun

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Peralatan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan melalui penaiktarafan
    bermula 2 Jun nanti.

    Sepanjang tempoh renovasi dan pemasangan peralatan imbasan MRI yang baharu itu, perkhidmatan MRI tidak akan dijalankan atau disediakan di Hospital RIPAS sehingga projek penaiktarafan itu dijangka akan selesai pada pertengahan Julai 2023.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa projek menaik taraf MRI itu bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan pemberian perkhidmatan MRI yang sedia ada dan meningkatkan penghasilan imej-imej MRI yang lebih berkualiti serta meningkatkan keupayaan untuk membuat diagnosis keadaan klinikal
    pesakit supaya rawatan yang tepat dapat diberikan.

    Skop projek penaiktarafan berkenaan akan melibatkan penggantian peralatan imbasan MRI dan kerja-kerja renovasi ke atas bilik pengimejan MRI.

    Bagi memastikan perkhidmatan pengimejan MRI masih berjalan, kes-kes yang memerlukan pemeriksaan MRI akan dirujuk ke Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC) mengikut keutamaan berdasarkan penilaian klinikal. Namun, sebahagian kes akan terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu selepas projek penaiktarafan peralatan imbasan MRI selesai.

    Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kerjasama, pertimbangan dan kesabaran orang ramai adalah sangat-sangat diharapkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda