Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mrs Malaysia raih anugerah Most Original Costume di Las Vegas

    KUALA LUMPUR, 22 JAN – Mrs Malaysia World 2023, P Vanishaantini yang tampil memperagakan wau terbesar telah meraih anugerah Most Original Costume pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat, selain turut meraih tempat keenam keseluruhan.

    Pengarah Urusan Mrs Malaysia World Sdn Bhd, Datin Harveen Kaur berkata usahawan berusia 27 tahun dari Seremban itu mencuri perhatian dengan keunikan pakaian diilhamkan daripada wau tradisional dan mendapat pujian ramai.

    Beliau berkata anugerah itu merupakan kemenangan pertama Malaysia dalam kategori berkenaan di pentas pertandingan ratu dunia.

    Dikenali ‘Puteri Wau Bulan’, busana dihasilkan oleh pereka berbakat dari Sarawak, Saran Lagong dan ditaja MS Gold, berukuran 3.8 meter tinggi dan lebar 4.8 meter dengan berat kira-kira 10 kilogram.

    Harveen Kaur berkata Vanishaantini yang membawa budaya Malaysia ke pentas antarabangsa tampil dengan penuh keanggunan dan elegan dalam kalangan 39 finalis.

    Gelaran Mrs World 2023 dimenangi wakil dari Jerman manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menjadi milik wakil Kanada dan Colombia. – Bernama

    Vanisha Rameas memperagakan kostum wau terbesar yang dipertandingkannya dalam pertandingan National Costume for Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...