Monday, March 10, 2025
32.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MRSB anjur pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar tidak ketinggalan mengimarahkan bulan Ramadan dengan mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan.

    Antara aktiviti yang diadakan di masjid berkenaan termasuk Majlis Bertadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadan selepas solat Sunat Witir dengan melibatkan 130 peserta dari pelbagai peringkat umur. Selain itu, masjid berkenaan turut mengadakan Program Membaca Al-Quran Satu Hari Satu Juz (1H1J) yang diadakan secara berhalaqah setiap hari selepas solat Fardu Subuh dan selepas solat Fardu Asar yang disertai oleh lebih daripada 50 orang peserta.

    Pada tahun ini, sembahyang Sunat Tarawih diimamkan oleh dua orang lepasan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Hasbi dan Awang Mohd Rayyan Darwish bin Haji Mohd Faiezal.

    Antara yang menyertai Majlis Bertadarus Al-Quran di MRSB, Kampung Sungai Akar. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda