Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar malam kelmarin telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya yang berlangsung di masjid tersebut.
Majlis diselajurkan dengan ceramah khas disampaikan Dr Haji Harapandi Amaq Hairani.
Turut hadir ialah Penaung MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.
Bagi memeriahkan lagi majlis, AJK Takmir MRSB turut menjemput lebih kurang 10 orang mualaf di Zon Berakas B.
Majlis antara lainnya bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama AJK dan hadirin.
Terdahulu, masjlis telah dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta dimeriahkan dengan sesi beramah mesra dan menikmat hidangan Hari
Raya.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/05/P7-3MRSB-2_15052023.jpg)