Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar Serahan MRSB
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Dalam usaha untuk menyemarakkan Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1444, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar tidak ketinggalan mengadakan bacaan 1 Juzuk 1 Orang yang berlangsung di masjid berkenaan, kelmarin.
Majlis tersebut diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan selepas solat fardu Maghrib dan bacaan tahlil khusus untuk para jemaah MRSB yang telah kembali ke rahmatullah.
Hadir menyertai majlis itu ialah penaung-penaung MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah sebelum majlis khatam Al-Quran.
