Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    MRSB semarak Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1444

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Serahan MRSB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Dalam usaha untuk menyemarakkan Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1444, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar tidak ketinggalan mengadakan bacaan 1 Juzuk 1 Orang yang berlangsung di masjid berkenaan, kelmarin.

    Majlis tersebut diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan selepas solat fardu Maghrib dan bacaan tahlil khusus untuk para jemaah MRSB yang telah kembali ke rahmatullah.

    Hadir menyertai majlis itu ialah penaung-penaung MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah sebelum majlis khatam Al-Quran.

    Penaung-penaung MRSB Dato Seri Setia Haji Ali dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bersama jemaah semasa menyertai majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...