Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    MRSB terima kunjungan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, baru-baru ini, menerima kunjungan daripada rombongan Kabupaten Kapus Hulu Kalimantan Barat, Republik Indonesia.

    Lawatan sambil belajar rombongan diketuai oleh H Muhammad Sukri bin Sulaiman itu dialu-alukan oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid dan jemaah masjid yang lain. Dalam lawatan tersebut rombongan mende-ngarkan taklimat mengenai fungsi masjid kepada masyarakat, aktiviti harian, penglibatan jemaah dan penduduk sekitarnya dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh Pegawai MRSB, Haji Symsul bin Haji Badar.

    Rombongan berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Awang Hambali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda