Wednesday, September 18, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MS ABDB berada di puncak BFL

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Pasukan MS ABDB Perwira berjaya menawan puncak kejohanan Liga Futsal Brunei 2023 selepas mengalahkan pasukan DDT FT 4-1 pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Kompleks Sukan UBD, semalam.

    Kemenangan kali keempat berturut-turut itu menyaksikan skuad tentera berjaya mengutip 12 mata selepas mengalahkan pasukan Kota Ranger, pasukan BIBD, Shah United dan pasukan DDT FT.

    Anak buah Mejar (U) Pengiran Haji Jufry, memiliki majoriti barisan pemain yang berpotensi malah tahap stamina mereka juga berada di tahap yang tinggi.

    Pasukan DDT FT perlu mendapat pujian selepas memberi tentangan menarik dengan melakukan pelbagai asakan dan pertahanan yang menguji dan menyukarkan serangan pasukan MS ABDB.

    Bagaimanapun, Muhd Kairul Saifuddin tidak mahu menunggu lama untuk meletakkan MS ABDB mendahului jaringan 1-0 dan Mohd Rosaiman Haji Rosaidi menambah jaringan di minit ke-12. Jaringan sendiri oleh Panney Luis di minit ke-19 menjadikan kedudukan 3-0.

    Bersambung babak kedua, pemain MS ABDB Perwira, Awangku Muhammd Jumatatul Aleshahrezan tidak memberi peluang kepada lawan apabila dia melepaskan rembatan kencang pada minit ke-22.

    Jaringan Muhd Khairul Saifuddin Haji Zulkifli pada minit ke-37 turut membantu kemenangan MS ABDB sekalipun tolakan ke gawang sendiri, Mohd Rosaiman Haji Rosaidi di minit ke-35 memberi jaringan buat DDT FT.

    “Kami menghormati semua pasukan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan sudah pasti akan mewarnai kejohanan BFL. Setiap perlawanan sangat penting dan kami mahu memastikan kemenangan,” jelas pengurus pasukan MS ABDB Perwira, Mejar (U) Pengiran Haji Jufry Pengiran Haji Tajuddin.

    Dalam pada itu, pengurus pasukan itu mengakui pasukan MS ABDB Perwira masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa agar anak buahnya dapat memberikan komitmen yang tinggi sekaligus meningkatkan mutu permainan.

    Pasukan MS ABDB semasa meraikan kemenangan bergaya mereka ke atas pasukan DDT FT. – Gambar serahan BFL
    Antara aksi perlawanan antara pasukan MS ABDB dan DDT FT.
    Antara aksi perlawanan antara pasukan MS ABDB dan DDT FT.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda