Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MS ABDB tarik nafas lega

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Saingan bola tampar Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam kali ke-4 diteruskan lagi semalam dengan menyaksikan dua perlawanan berlangsung di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas.

    Pada perlawanan pertama bagi bahagian lelaki Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) muncul sebagai pemenang ke atas Pasukan Daerah Belait meskipun berdepan tentangan hebat.

    Pada set pertama Pasukan MS ABDB menang 25–20 sebelum tewas pada set kedua dengan mata 20–25 dan pada set ketiga pula menyaksikan kebangkitan Pasukan MS ABDB apabila menang dengan mata 25 – 19.

    Namun begitu semangat juang Pasukan Daerah Belait perlu diberikan pujian apabila memberi tekanan kepada Pasukan MS ABDB pada set keempat dengan berkesudahan 15-25 berpihak kepada Pasukan Daerah Belait.

    Manakala, pada set penentuan Pasukan MS ABDB menarik nafas lega apabila menang dengan mata 15-10 menjadikan mata akhir 3-2.

    Perlawanan kedua pula menyaksikan pasukan wanita Daerah Brunei Muara tidak diberikan tentangan dan akhirnya menang straight set ke atas Pasukan Institusi Pengajian Tinggi dengan mata 14-25, 12-25 dan 19-25.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda