Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MS Westerdam dilarang masuk

    BANGKOK, 17 FEB – Thailand menyekat kemasukan penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang bukan warganegaranya, berkuat kuasa hari ini.

    South China Morning Post melaporkan, sekatan itu adalah langkah susulan yang diambil selepas Malaysia mengesahkan wanita yang juga bekas penumpang kapal itu positif kororonavirus baharu (COIVD-19). Langkah itu juga diambil berikutan pertambahan satu lagi individu dijangkiti wabak berkenaan yang menjadikan 35 kes dilaporkan di Thailand, setakat hari ini. “Kes terbaharu itu membabitkan seorang warga China berumur 60 tahun yang ada kaitan dengan sembilan ahli keluarga lain yang kesemuanya kini dijangkiti wabak berkenaan,” kata Setiausaha Kementerian Kesihatan Thailand, Sukhum Kanchanapimai. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda