Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia-Argentina perlu strategi lebih inovatif

    KUALA LUMPUR, 16 OKT – Terdapat keperluan mendesak untuk merangka strategi lebih inovatif bagi memperkukuh lagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Argentina, berikutan kemunculan pandemik COVID-19.

    Timbalan setiausaha agung Kementerian Perdagangan Antara-bangsa dan Industri (MITI) Hairil Yahri berkata ia penting memandangkan Argentina kekal sebagai rakan dagang penting Malaysia dengan hubungan dua hala ekonomi dan pelaburan terus berkembang di sebalik ketidaktentuan ekonomi global.

    “Dengan pandemik akan melanda untuk satu jangka masa agak lama, perlunya untuk merangka semula strategi memperkukuh lagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan (antara Malaysia dan Argentina) dengan lebih inovatif. Apa yang penting sekarang ialah memanfaatkan hubungan untuk meneroka jalan menuju pemulihan dan pertumbuhan semula ekonomi pascakrisis bagi kedua-dua negara,” katanya dalam ucapan pembukaan sempena webinar Malaysia dan Argentina baru-baru ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda