KUALA LUMPUR, 4 JULAI – Malaysia akan menerima satu juta dos vaksin COVID-19 Pfizer disumbangkan Amerika Syarikat (AS), esok (5 Julai), kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawat saya, (Setiausaha Negara) Antony Blinken dan Kerajaan AS atas sumbangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hishammuddin berkata Malaysia juga amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peralatan ICT, bernilai AS$250,000. – Bernama