KUALA LUMPUR, 4 NOV – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan daripada Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi menyertai Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 November ini untuk membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin. Anwar berkata kehadiran beliau ke sidang kemuncak tergempar di Riyadh itu bagi membawa mandat Dewan Rakyat, iaitu untuk mengambil