Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    M’sia berdepan risiko ancaman ‘barah’ dari laut

    KUALA LUMPUR, 13 MAC – Mikroplastik dan pembuangan sisa air terawat loji nuklear ke dalam laut dilihat bakal menjadi ancaman utama terhadap kesihatan manusia. 

    Profesor dari Jabatan Fizik dan Kimia, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Dr Zaidi Embong berkata Malaysia juga tidak terlepas daripada risiko ini jika tiada kesedaran dan tindakan proaktif dilaksanakan segera.

    Zaidi berkata kedua-dua pencemaran ini mampu memusnahkan ekosistem hidupan laut sekali gus menjejaskan keterjaminan makanan dunia.  

    “Sifat plastik yang tidak mudah mengurai meskipun selepas berbelas tahun menjadikannya mudah ditelan dan terkumpul dalam badan dan tisu kebanyakan organisma.

    “Kesan lebih memudaratkan apabila partikel mikroplastik ini terperangkap dalam insang sekali gus plastik bersaiz mikro ini akan menyerap ke dalam tisu haiwan di laut, seterusnya sumber perikanan tercemar ini menjadi santapan masyarakat,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

    Berdasarkan statistik Our World in Data (OWD) merekodkan 8 juta tan (bersamaan tiga peratus bahan buangan plastik global) akan mengalir ke laut menerusi pelbagai sumber pelepasan.

    Di Malaysia, dianggarkan secara purata sebanyak sembilan bilion bahan plastik digunakan oleh rakyat setiap tahun dan sebahagian besarnya juga berakhir di lautan.

    Beliau menambah mikroplastik yang berukuran kurang dari 20 mikron mampu memasuki organ manusia seperti otot dan juga tisu badan serta berpotensi memberikan risiko terhadap sistem pernafasan, salur darah, buah pinggang dan sistem penghadaman manusia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...