Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia bukan manipulator mata wang AS – Lim

    KUALA LUMPUR, 31 OKT – Malaysia hanya dimasukkan dalam senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat (AS), tetapi tidak dilabel sebagai memanipulasi (manipulator) mata wang negara tersebut, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

    Beliau berkata kemungkinan untuk Malaysia dilabelkan sebagai manipulator mata wang AS adalah rendah, berikutan negara perlu ‘memenuhi’ tiga kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Perbendaharaan AS untuk dilabel sebagai manipulator mata wang.

    “Malaysia tidak memenuhi satu daripada tiga kriteria yang ditetapkan iaitu jumlah pembelian mata wang asing bersih sekurang-kurangnya dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh bank pusat kerana kita bukan pembeli bersih,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PH-Beluran) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Ronald ingin tahu mengenai laporan Bloomberg yang menyatakan Malaysia berkemungkinan akan dimasukkan semula dalam senarai negara yang memanipulasi mata wang AS dan kesannya kepada ekonomi negara.

    Lim menjelaskan Malaysia hanya memenuhi dua kriteria lain iaitu nisbah akaun semasa akaun pembayaran mencatatkan sekurang-kurangnya dua peratus daripada KDNK dan untuk tempoh Julai 2018 hingga Jun 2019, ia mencapai tahap tiga peratus.  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda