Friday, October 7, 2022
21.8 C
Brunei

M’sia cari solusi holistik perangi perhambaan moden

-

JAKARTA, 25 JAN – Malaysia komited untuk terus memerangi perhambaan moden secara holistik agar mangsanya dapat dilindungi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata fokus kerajaan bukan semata-mata untuk mengurus kemasukan pekerja asing tetapi melihat kaedah berkesan untuk mengurangkan masalah pemerdagangan manusia dan buruh paksa.

“Jadi sebab itu saya hadir bersama tokoh-tokoh dari negara kita. Saya bawa mereka untuk selesaikan masalah perundangan dalam waktu sama mahu maklumkan apa yang kita lakukan,” katanya.

Hamzah berkata demikian di majlis makan malam bersama lebih 100 diaspora Malaysia di sini pada Isnin sempena lawatan kerjanya.

Beliau diiringi Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia Adlan Mohd Shaffieq, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani danan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Hamzah turut menjelaskan pemerdagangan manusia dan buruh paksa merupakan isu rentas sempadan yang berlaku di kebanyakkan negara sama ada negara maju atau membangun.

Bagaimanapun, perkara ini masih belum dapat diselesaikan meskipun terdapat pelbagai undang-undang yang digubal Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Sydney siap sedia hadapi banjir besar

SYDNEY, 6 OKT – Bandar paling ramai penduduk di Australia, Sydney, mencatatkan rekod hujan tahunan selama 70 tahun hari ini selepas satu tahun memperingati...
- Advertisment -