Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia catat 115 kes baharu, Sabah tertinggi

    KUALA LUMPUR, 28 SEPT – Kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga angka iaitu sebanyak 115 kes dengan Sabah masih menjadi negeri menyumbang kes positif tertinggi melibatkan 98 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata jumlah kes baharu dilaporkan itu melibatkan 112 penularan tempatan membabitkan 98 warganegara dan 14 kes bukan warganegara, serta tiga kes import.

    Beliau berkata daripada keseluruhan 112 penularan dalam negara, 11 daripadanya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. “Kes tempatan hari ini melibatkan Sabah (98 kes), Selangor (10 kes), manakala Terengganu, Melaka, Kedah dan Labuan masing-masing satu kes, sementara tiga kes import pula melibatkan mereka yang pulang dari India. “Terdapat pertambahan kluster di Selangor iaitu Kluster Jalan Apas, dan tiada kematian baharu hari ini,” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda