KUALA LUMPUR, 29 MAC – Malaysia kembali mencatat angka harian kes COVID-19 di bawah paras 1,000 dengan 941 kes dilaporkan hari ini, sekali gus menjadi angka terendah dicatatkan tahun ini.
Kali terakhir negara merekodkan kes baharu COVID-19 di bawah empat angka ialah pada 9 Disember tahun lepas, apabila mencatatkan 959 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan memaklumkan angka kes sembuh juga melebihi kes baharu, iaitu sebanyak 1,097 kes, selain lima lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas. – Bernama