Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia catat empat angka baharu

    KUALA LUMPUR, 29 NOV – Malaysia hari ini masih mencatatkan empat angka kes baharu COVID-19 iaitu 1,309 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 473 kes (95.9 peratus), diikuti Sabah sebanyak 290 kes (22.2 peratus) dan Selangor 238 kes (18.2 peratus).

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 64,485 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 11,481 kes.

    “Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala 1,308 kes pula adalah merupakan penularan dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Bagi jumlah kes sembuh hari ini, sebanyak 1,333 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 52,647 kes, sementara tiga kematian telah dicatat, menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 357 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda