KUALA LUMPUR, 26 OGOS – Malaysia hari ini merekodkan 24,599 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebooknya berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,640,843.
Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes paling tinggi iaitu 6,936 kes diikuti Sabah (3,487); Johor (2,785); Pulau Pinang (2,078); Sarawak (2,024); Kedah (1,538); dan Kelantan (1,312). – Bernama