KUALA LUMPUR, 26 OGOS – Malaysia hari ini merekodkan 24,599 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebooknya berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,640,843. Beliau berkata Selangor terus