Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia catat kes tertinggi 2020

    KUALA LUMPUR, 31 DIS – Khabar duka menutup hari terakhir tahun 2020 apabila kes baharu COVID-19 mencatat jumlah tertinggi, iaitu 2,525 kes sejak setahun pandemik itu melanda negara.

    Lebih  mendukacitakan lapan nyawa lagi diragut virus tanpa sempadan ini, menjadikan jumlah maut setakat ini seramai 471 orang.

    Dengan perkembangan terbaharu ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes positif di Malaysia mencecah 113,010 kes, dengan jumlah kes aktif pula adalah 23,598 kes.

    “Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,205 kes, daripada jumlah itu sebanyak 995 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

    “Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 299 kes dan Melaka sebanyak 239 kes,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Selain itu beliau turut memaklumkan terdapat sebanyak 1,481 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 88,941 kes. – Bernama

    Ambulans dari Jabatan Kesihatan kelihatan memasuki Pondok Daril Naim bagi satu lagi kluster baharu dalam kes COVID-19 Malaysia yang mencatatkan angka tertinggi harian bagi mengakhiri tahun 2020. Polis Kelantan mengadakan sekatan di laluan keluar di pusat pengajian agama itu selepas dua penghuni wanita di situ disahkan positif COVID-19. –Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda