PUTRAJAYA, 11 OGOS – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia telah mengeluarkan arahan penggantungan sementara import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia pada 4 Ogos lepas (2023).
Ini berikutan laporan akhbar mengenai penemuan tanda-tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) oleh pihak berkuasa Indonesia pada lembu yang diimport negara itu dari Australia dan pengesahan tentang laporan telah dibuat oleh DVS dengan pihak berkuasa negara berkenaan.
DVS dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan penggantungan itu bersifat sementara dan diambil sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dakwaan pihak berkuasa Indonesia benar memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari Australia dengan nilai import RM25,547,355. – Bernama
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P2-lembu_12082023.jpg)