Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia harap anggota APEC perkukuh usaha dalam FTAAP

    KUALA LUMPUR, 23 MEI – Malaysia berharap anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan memantapkan dan mengukuhkan usaha terhadap Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) dengan menumpukan kepada isu baharu dan baru muncul melalui keterangkuman yang lebih besar dan tanggungjawab bersama di antara sektor awam dengan swasta.

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong yang mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Menteri-menteri Bertanggungjawab Untuk Perdagangan (MRT) APEC ke-28  di Bangkok, Thailand berkata, langkah tersebut akan memastikan ekosistem perdagangan yang teguh, responsif dan relevan.

    Beliau berkata demikian sebagai menyokong gesaan Jurin Laksanawisit yang mempengerusikan mesyuarat MRT 2022, agar anggota APEC menunjukkan kemajuan usaha-usaha APEC untuk meningkatkan penyepaduan ekonomi serantau dengan fokus baharu bagi merealisasikan FTAAP, ke arah mencapai Wawasan Putrajaya 2040.

    Jurin ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Thailand. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda