Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    M’sia hentikan subsidi kepada penternak ayam

    KUALA LUMPUR, 1 JUN – Bermula 1 Julai ini, kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada penternak ayam sebaliknya ia akan disalur secara langsung kepada rakyat yang dianggap lebih memerlukan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata langkah itu adalah bagi memastikan bebanan kenaikan harga ayam tidak terlalu dirasai dengan adanya sumbangan tunai daripada kerajaan.

    Perdana Menteri berkata sebelum ini dalam usaha memastikan harga ayam tidak dinaikkan, kerajaan memberi subsidi kepada penternak agar harga ayam kekal pada paras RM8.90 sekilogram kerana ia boleh mencecah RM12 sekilogram, jika harganya diapungkan. 

    “Kerajaan belanja RM720 juta bagi memastikan harga ayam tidak dinaikkan. Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan penternak tidak menuntut bayaran subsidi dan pelbagai isu dibangkitkan,” katanya ketika berucap di Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu di sini hari ini. 

    Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan memperinci pengumuman baharu itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...