Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia, Indonesia tekad wujud perairan mesra nelayan

    JAKARTA, 27 DIS – Malaysia dan Indonesia komited untuk mewujudkan perairan yang ideal dan mesra untuk nelayan serta komuniti di pantai kedua-dua negara.

    Perkara itu dicapai dalam mesyuarat secara maya antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dan Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) baru-baru ini.

    Timbalan Penerangan, Perundangan dan Kerjasama BAKAMLA, Dr. Samuel H. Kowaas berkata pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) mengenai ‘Common Guidelines’ dan ‘Common Best Practice’ mampu menyejahterakan nelayan kedua negara.

    Selain meningkatkan hubungan kerjasama dua hala yang baik, mesyuarat turut meningkatkan aktiviti kondusif berkaitan pengendalian insiden ‘Unresolved Maritime Boundaries’ di wilayah perairan masing-masing. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda