Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

M’sia jangka kes HFMD turun 2 hingga 3 minggu

-

ALOR SETAR, 9 JUN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata penularan penyakit itu biasa-
nya berlaku secara bermusim dan apabila tahap imuniti kanak-kanak meningkat, kes jangkitan akan turun dengan sendirinya.

“Ia (HFMD) akan mula dan akan jadi gelombang dan tak sampai sebulan ia akan turunlah dengan signifikan sendirinya.

“Apabila ramai kanak-kanak terdedah kepada virus-virus tersebut, maka tahap imuniti mereka akan naik dan akan

turun bilangan kes dan juga ada intervensi dari segi kebersihan kendiri, kebersihan taska, pusat-pusat asuhan dan sebagainya juga membantu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada kerajaan Jepun melalui Bantuan Geran Jepun kepada KKM yang turut dihadiri Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko.

Khairy berkata kementeriannya mempunyai teori berkenaan faktor peningkatan kes HFMD dengan mendadak pada tahun ini berbanding pada 2019 iaitu sebelum pandemik COVID-19.

Beliau berkata sewaktu tempoh pandemik selama dua tahun lepas, kanak-kanak kurang berada di luar dan tidak terdedah kepada virus HFMD sekali gus menyebabkan imuniti mereka rendah bagi melawan virus itu.

“Jadi bila dia (kanak-kanak) tak terdedah kepada virus ini, dia punya tahap imuniti pun turunlah. Dia tak pernah jumpa virus ini. Ini teori klasik imuniti semula jadi. Bila dia tak terdedah dengan virus-virus, dia punya imuniti akan rendah.

“Sebab itu mungkin kes agak tinggi sekarang sebab kanak-kanak kita boleh dikatakan sebagai naif dengan virus HFMD ini, jadi sebab itu akan ada banyak kes ketika ini,” katanya. – Bernama

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan daripada kerajaan Jepun melalui Geran Jepun untuk program pembangunan ekonomi dan sosial 2020 untuk Malaysia di Hospital Sultanah Bahiyah semalam. – Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -