Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia kembali catat lebih 3,000 kes

    KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Kes positif baharu COVID-19 terus melepasi angka 3,000 dengan 3,332 kes dilaporkan hari ini.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata daripada jumlah berkenaan dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes diikuti Sarawak dengan 522 kes dan Kelantan 401 kes.

    Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 359 kes; Johor (207);  Pulau Pinang (158); Sabah (131);  Negeri Sembilan (111); Kedah (105); Pahang (92); Perak (91); Melaka (43) ; Terengganu (19); Putrajaya (sembilan) dan Perlis (satu).

    Labuan tidak merekodkan kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda