Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia kutuk serangan Kabul

    KUALA LUMPUR, 29 Dis – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam yang berlaku di Pusat Kebudayaan Syiah di Kabul, Afghanistan pada Khamis yang meragut sekurang-kurangnya 41 nyawa.

    Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab segera dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.

    “Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Afghanistan dan keluarga mangsa yang terlibat,” menurut kenyataan itu.  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda