KUALA LUMPUR, 1 Nov – Malaysia mampu memperkukuhkan lagi aspek permulaan perniagaan walaupun enam pembaharuan telah dilaksanakan ke atasnya sejak 15 tahun lepas, kata Bank Dunia.
Pengurus Negara Bank Dunia di Malaysia, Faris Hadad-Zervos ???????berkata penting memberi tumpuan ???????kepada aspek itu terutama dari segi kesukaran yang dialami perusahaan kecil dan sederhana, memandangkan kerajaan ?terus mengukuhkan rangka kerja kawal selia perniagaan.
“Malaysia telah memudahkan pendaftaran perniagaan baharu dengan mewujudkan perkhidmatan pusat sehenti dan memperkemaskan proses pendaftaran melalui pengenalan e-Lodgement.
“Dengan berbuat demikian, tempoh yang diperlukan untuk mendaftarkan perniagaan baharu ??pada masa kini ?????dipendekkan kepada 18 hari berbanding 36 hari pada 15 tahun lepas, manakala kos dikurangkan kepada???????lima peratus ???????berbanding 33 peratus daripada pendapatan per kapita,” katanya kepada? ?????pemberita ?selepas melancarkan laporan ‘Doing Business’ terkini oleh Kumpulan Bank Dunia di sini, hari ini.
Laporan ‘Doing Business 2018: Reforming to Create Jobs’ mendapati pembaharuan pada tahun lepas ???????dilaksanakan dalam aspek mendapatkan kredit, urus niaga rentas sempadan dan melindungi pelabur minoriti.
Malaysia terus menambah baik iklim perniagaan untuk usahawan tempatan dengan mewujudkan tiga pembaharuan perniagaan pada tahun lepas, menurut laporan tersebut. – Bernama