Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia patut terajui keusahawanan digital

    KUALA LUMPUR, 29 OGOS – Penting untuk Malaysia me-nerajui dalam guna pakai digital dan keusahawanan digital, berikutan ekonomi global kini dikuasai digital dan teknologi blockchain atau lejar digital terbuka kini memacu inovasi, kata Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai.

    Beliau berkata potensi blockchain semakin diiktiraf di negara lain di rantau ini, dengan negara jiran sedang mengkaji teknologi blockchain bagi perkhidmatan kiriman wang serta dalam pertanian, pengangkutan, pelancongan, kewangan dan jentera kerajaan.

    “Adalah penting untuk setiap orang mengguna pakai teknologi digital dan memanfaatkan teknologi seperti blockchain dan pelbagai kaedah untuk pelaksanaannya dalam perniagaan kecil dan juga berskala besar,” katanya dalam ucaptama pada Pameran Ekosistem HwgPay di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda