KUALA LUMPUR, 20 JULAI – Kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung di tempat-tempat awam susulan ancaman COVID-19 masih belum berakhir, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau berkata perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan. “Dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan