Thursday, December 12, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia raih emas acara sabre Kejohanan SEAFF

    KUALA LUMPUR, 11 DIS – Skuad lawan pedang Malaysia mencipta sensasi apabila mengungguli emas acara sabre berpasukan lelaki pada Kejohanan Persekutuan Lawan Pedang Asia Tenggara (SEAFF) 2024 semalam.

    Dalam aksi yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), skuad negara yang dibarisi Syed Adam Emir Putra, Tyrsten Fong, Tony Lee dan Wong Tzer Chyuan mengetepikan cabaran wakil Thailand dengan keputusan 45-40 untuk meraih emas.

    Terdahulu, gandingan negara menempah pertemuan menentang Thailand itu selepas menewaskan Brunei 45-41 di suku akhir, diikuti kemenangan tipis 45-43 ke atas Filipina di separuh akhir.

    Pingat gangsa acara itu menjadi milik bersama pasukan Vietnam dan Filipina.

    “Sudah agak lama Malaysia tidak memenangi acara ini. Kemenangan ini juga sedikit mengejutkan semua pihak,” kata Syed Adam ketika dihubungi hari ini. – Bernama

    Malaysia mengungguli emas acara sabre berpasukan lelaki pada Kejohanan SEAFF 2024. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda