M’sia rekod 19,819 kes baharu

KUALA LUMPUR, 4 OGOS – Kes baharu COVID-19 melonjak kepada 19,819 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik itu melanda negara, Februari tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook berkata perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2,714 kes berbanding 17,105 kes direkodkan semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 1,183,110 kes. – Bernama