Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia rekod 691 lagi kes baharu

    KUALA LUMPUR, 6 OKT – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 691 kes, iaitu angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara dengan merekodkan empat kematian termasuk anak damit berusia setahun.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan peningkatan mendadak itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga kini meningkat kepada 2,936.

    Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 13,504 dalam tempoh tiga hari, melepasi angka 12,000 dengan 12,088 kes pada Sabtu (3 Oktober) lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda