PARIT, 5 OGOS – Tiada masalah untuk membenarkan jemaah Malaysia menunaikan umrah namun ia bergantung kepada situasi semasa penularan COVID-19 dalam negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya menyambut baik segala keputusan yang bakal dilaksanakan Arab Saudi namun lebih mengutamakan kemaslahatan dan dari segi kesihatan.