KUALA LUMPUR, 24 OGOS – Malaysia bersedia untuk memanfaatkan pendigitalan berikutan keperluan untuk membuat perubahan dilihat ketara semasa pandemik COVID-19, menurut Cyberview Sdn Bhd.
Ketua Bahagian Pembangunan Hab Teknologinya Shafinaz Salim menegaskan mengenai keperluan untuk mendidik perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung penggunaan digitalisasi. Beliau berkata terdapat beberapa penyelesaian di peringkat tempatan yang boleh digunakan untuk pendigitalan.
“Malah, bagi kami di Cyberview, apabila kita bercakap tentang tonggak strategi Cyberjaya dari segi bandar pintar, kami berkongsi pengetahuan dan pengalaman kami kepada semua agensi kerajaan mengenai bandar pintar.
Terdapat negeri berbeza yang mempunyai keperluan geografi dan pembiayaan yang berlainan, tidak semua mempunyai kelebihan kerana kebanyakannya berada di pinggir bandar atau di kawasan luar bandar,” katanya semasa program ‘Tech Talk for 2021’ Cyberview, kali ketiga yang diadakan secara maya hari ini. – Bernama

