Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia sedia pertimbang dialog dengan NUG Myanmar

    KUALA LUMPUR, 6 OKT – Malaysia sedia membuat pertimbangan untuk mengadakan dialog dengan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar, sekiranya Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui ASEAN bagi menyelesaikan krisis di negara itu, tidak mendapat kerjasama junta tentera yang memerintah negara itu sekarang.

    Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Isnin lepas telah dimaklumkan bahawa, Naypyidaw masih tidak mahu memberikan kerjasama mengenai konsensus itu.

    “Malaysia memang dari dulu lagi negara pertama menjalankan ‘constructive engagement’ sebelum pun Myanmar menjadi anggota ASEAN.

    “Saya fikir apa ditimbulkan boleh kita fikirkan sekiranya perkara berkaitan Konsensus Lima Perkara sudah nyata tidak dapat dilaksanakan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Wong Chen (PKR-Subang) yang ingin tahu sekiranya Malaysia sudi mengadakan dialog berkenaan, memandangkan setakat ini ASEAN sebagai sebuah blok belum lagi mengadakan dialog dengan NUG.

    Saifuddin berkata sekiranya tiada kemajuan di pihak berkuasa Myanmar sekarang untuk melaksanakan konsensus berkenaan, Malaysia berpendapat sukar mengundang ketua tentera yang sedang berkuasa di Naypyidaw untuk hadir Sidang Kemuncak ASEAN pada 26 hingga 28 Oktober ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda